Home » Langit Terbuka » Tipu pakej umrah: Pasangan suami isteri diminta tampil

Tipu pakej umrah: Pasangan suami isteri diminta tampil

Dua saksi utama kes penipuan pakej umrah diminta tampil membantu siasatan polis. (gambar hiasan)

KUANTAN 17 Mac – Dua saksi utama kes penipuan pakej umrah membabitkan kerugian berjumlah RM139,871 yang melibatkan peneroka Felda Lakum, Temerloh dekat sini tahun lalu diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superitendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, dua saksi penting berkenaan merupakan pasangan suami isteri.

Katanya, saksi pertama adalah Ishak Abu Hassan, 40, yang alamat terakhirnya di Nombor 6, Taman Sena, Pokok Sena, Kedah.

Saksi kedua pula, katanya, adalah Elmirushuda Amerudin, 27, dengan alamat terakhirnya di Lot 433, Kilometer 29 Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor.

“Kedua-dua saksi diminta hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umrah dipercayai oleh syarikat NNS International Holidays Sdn. Bhd. yang tidak wujud.

“Kita menerima 21 laporan polis dibuat oleh mangsa dari Felda Lakum selepas mereka tertipu dengan syarikat berkenaan dengan kerugian keseluruhan RM139,871,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, syarikat berkenaan dipercayai membuat taklimat dan penerangan pakej ditawarkan di Balai Raya Felda Lakum pada 11 Mei tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *