Home » Citra Yadim » Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani

Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani

SESI Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah berlangsung pada 20 Oktober.
Sesi ini merupakan kemuncak pengisian Konvensyen Mahasiswa Madani pada hari kedua program dengan penglibatan 350 orang peserta daripada Majlis Pimpinan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Tuan Haji Zamri turut menyantuni barisan pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Politeknik dan Majlis Pimpinan Utama RSY daripada negeri Perak.
Turut sama menghadiri program khas ini adalah Pengarah Konvensyen, Ustaz Rusdi mewakili Politeknik Ungku Omar, lokasi program berlangsung, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Encik Ahmad Saparudin Yusup serta Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda YADIM, Encik Shahrizal Mat.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *