Home » Langit Terbuka » TPM lakukan kunjungan istisyari, minta pandangan Mufti Wilayah

TPM lakukan kunjungan istisyari, minta pandangan Mufti Wilayah

Timbalan Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook berkata, kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan beberapa pandangan hukum serta nasihat berhubung beberapa isu mutakhir di bawah portfolionya

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mengadakan kunjungan istisyari (konsultasi) buat kali pertama kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Wan Azizah menerusi satu hantaran dalam laman Facebook berkata kunjungan yang berlangsung di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Kompleks Islam Putrajaya itu bertujuan untuk mendapatkan beberapa pandangan hukum serta nasihat berhubung beberapa isu mutakhir di bawah portfolionya.

“Kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan sentiasa mengutamakan pandangan Islam dalam isu-isu pentadbiran negara dan menyanjung tinggi institusi Mufti dan ulama.

“Semoga siri pertama Kunjungan Istisyari ini akan disusuli dengan kunjungan-kunjungan seterusnya,” katanya, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di samping memuat naik beberapa keping gambar bersempena kunjungannya itu. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *