Home » Uncategorized » Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi

Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi

WASHINGTON, 17 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan memberikan ucapan berkaitan agama Islam ketika lawatannya ke Arab Saudi nanti, menurut White House.

Penasihat Keselamatan Negara, HR McMaster berkata, Trump akan bertemu dan makan tengah hari bersama pemimpin daripada lebih 50 negara Islam.

“Dia (Trump) akan bertemu dan makan tengah hari, di mana beliau akan menyampaikan ucapan yang memberi inspirasi kepada keperluan untuk berhadapan dengan ideologi radikal dan pandangan mengenai Islam,” katanya.

Trump dijangka melawat Riyadh minggu depan dan mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai Arab Saudi serta 56 pemimpin Arab dan Islam bagi membincangkan usaha memerangi ekstremisme dan membanteras pembiayaan haram.

Menurut seorang pegawai kanan White House, Trump akan membincangkan mengenai bagaimana untuk menangani ancaman militan IS, perang di Yaman, ancaman peluru balistik dan perkapalan maritim di Laut Merah.- Agensi

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *