Home » Langit Terbuka » Tukar semula nama Malaysia Sports Challenge 2019

Tukar semula nama Malaysia Sports Challenge 2019

ABIM menegaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam sebarang acara rasmi kerajaan seperti hari Sukan Negara seperti sebelum ini. - Foto Chec.point.Spot

KUALA LUMPUR – Nama ‘Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC’19)’ perlu ditukar semula ke dalam bahasa kebangsaan.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihak berkuasa boleh menggunakan istilah apa sahaja istilah yang bersesuaian bagi menggantikan nama program itu asalkan menggunakan laras bahasa kebangsaan yang betul.

Katanya, antara nama yang boleh digunakan adalah ‘Cabaran Sukan Malaysia’; ‘Cabaran Malaysia Cergas’; ‘Bulan Sukan Malaysia’ dan ‘Bulan Sukan Negara’.

“ABIM menegaskan bahawa isu yang absah dan menjadi perkara pokoknya ialah penggunaan bahasa Melayu merentas sektor yang semakin dipinggirkan.

“Jika program rasmi tidak memartabatkan bahasa kebangsaan, bagaimana mungkin kita menerapkan kepentingan bahasa ini kepada agensi swasta serta masyarakat terbanyak?” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *