Home » Langit Terbuka » Ahmad Hasbullah Panglima Tentera Darat ke-27

Ahmad Hasbullah Panglima Tentera Darat ke-27

Ahmad Hasbullah, 57, pernah memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat pada 2009 sebelum dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2011 - Air Times

KUALA LUMPUR – Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu berkuatkuasa semalam, menggantikan Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim yang bersara wajib.

Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas antara Ahmad Hasbullah dan Zulkiple disaksikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Ahmad Hasbullah, 57, pernah memegang jawatan Panglima Medan Tentera Darat pada 2009 sebelum dilantik Timbalan Panglima Tentera Darat pada 2011.

Anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu ditauliahkan ke dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 11 Disember 1981. – Bernama

 

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *