Home » Langit Terbuka » Tunggu lagi sebulan…

Tunggu lagi sebulan…

Nur Sajat Kamaruzzaman.

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan masa paling minimum sebulan bagi menentukan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menerusi perkongsian di laman Facebook (FB) Jakim, semalam.

Dr Mohd Izwan berkata, beliau ingin memaklumkan bahawa beberapa proses perlu dilalui oleh Nur Sajat bagi pengesahan identiti secara rasmi.

“Proses itu akan mengambil masa yang panjang membabitkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minima,” katanya.

Katanya, keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan selepas segala proses selesai dan disahkan oleh sekumpulan pakar kajian syariah yang diurusetiakan oleh Jakim.

Dalam pada itu, Mohd Izwan berkata, Jakim menafikan sekeras-kerasnya mengenai dakwaan menerusi sebuah video yang menuduh pihak Jakim menelefon seorang individu dan memaklumkan jantina Sajat.

Selain itu, Dr Izwan turut berkongsi tanda pagar atau ‘hashtag’ #Sabar #KitaDakwahBukanMenghukum pada laman FB peribadi beliau.

Selasa lalu, Dr Izwan menemui Nur Sajat dan orang tuanya di wisma milik usahawan itu di Shah Alam, Selangor dan meluangkan masa hampir sejam bagi mendapatkan pencerahan dan segala persoalan yang ditimbulkan pelbagai pihak.

Malah, sehari sebelum itu, Dr Izwan yang juga pakar dalam menangani isu berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim menyatakan hasrat untuk bertemu Nur Sajat, memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini berkaitan usahawan kosmestik.- HARIAN METRO

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *