Home » Langit Terbuka » TV Al Hijrah terima dua pengiktirafan anugerah The BrandLaureate 2019

TV Al Hijrah terima dua pengiktirafan anugerah The BrandLaureate 2019

Anugerah diterima terbabit menterjemahkan pengiktirafan industri kepada agensi dan jabatan agama dalam sektor korporat.- Foto TVAH

KUALA LUMPUR – AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) menerima dua pengiktirafan anugerah berprestij dalam dunia penjenamaan perniagaan di Majlis The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2019 di Hotel Majestic di sini semalam (27 September).

Dua pengiktirafan terbabit adalah The BrandLaureate World Halal Brand Leadership Awards yang diterima Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) TV AlHijrah, Namanzee Harris dan The BrandLaureate World Halal Strategic Business Partner Brand Awards yang mengiktiraf TV AlHijrah secara keseluruhannya.

Selaku penerima anugerah kepimpinan The BrandLaureate itu, Namanzee berdiri sebaris dengan dua lagi penyandang anugerah sama iaitu selebriti terkenal, Datuk Siti Nurhaliza yang juga Pengasas Simply SS Trading Sdn Bhd dan Ketu Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Namanzee menyifatkan kedua-dua anugerah berprestij terbabit sebagai pengiktirafan industri kepada sumbangan TV AlHijrah dalam penyebaran dakwah Islam melalui industri penyiaran dan korporat.

Katanya, anugerah terbabit juga menterjemahkan pengiktirafan industri kepada agensi dan jabatan agama dalam sektor korporat.

“Ia juga membuktikan TV AlHijrah sebagai salah satu perintis dan inovatif dalam sektor islamik korporat, berdaya saing dan kompetitif dalam arus IR4 (Revolusi Industri Ke-4).

“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini kerana ia mengiktiraf kerja keras kesemua kakitangan TV AlHijrah selain apresiasi khusus kepada semua unit terlibat,” katanya.
Halal adalah industri global yang berkembang pesat dan mempunyai potensi besar bukan hanya di negara Islam tetapi kuasa ekonomi bukan Islam seperti China, Jepun, Amerika Syarikat dan United Kingdom. – TVAH

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *