Trump bakal berucap mengenai Islam di Arab Saudi

WASHINGTON, 17 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan memberikan ucapan berkaitan agama Islam ketika lawatannya ke Arab Saudi nanti, menurut White House. Penasihat Keselamatan Negara, HR McMaster berkata, Trump akan bertemu dan makan tengah hari bersama pemimpin daripada lebih 50 negara Islam. “Dia (Trump) akan bertemu dan makan tengah hari, di mana […]

2 lelaki Aceh terlibat hubungan luar tabii dihukum sebat 85 kali

JAKARTA 17 Mei – Sebuah mah­ka­mah di wilayah Aceh menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 85 kali kepada dua orang lelaki kerana terbabit dalam hubungan luar tabii. Kedua-duanya yang berusia 20 dan 23 tahun, akan menjadi pesalah pertama yang dirotan di hadapan khalayak ramai sejak kod akta jenayah Islam berkaitan seks luar nikah, termasuklah hubungan homoseksual disemak […]

Saya terima banyak aduan aktiviti dakwah Kristian – Dr Chandra Muzhaffar

KUALA LUMPUR 17 Mei –  Kumpulan Kristian didakwa sangat ‘agresif’ dan bersifat terancang dalam kerja dakwah mereka kata seorang ahli akademik pada satu forum di Kuala Lumpur. Hal ini diceritakan oleh Dr Chandra Muzaffar pada satu forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk “Violence And Persecution In The Name Of Religion” pada Sabtu lepas di […]

Dr Kamarul Yusoff buat laporan polis terhadap Hannah Yeoh

BANGI, 17 Mei – Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis terhadap pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP, Hannah Yeoh Tseow Suan ekoran penerbitan bukunya yang cenderung kepada pengaruh agama Kristian. Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya hari ini, Dr Kamarul akui terkejut apabila mendapati buku […]

Program “Pride Not Prejudice” Telah Dibatalkan Pengurusan Universiti – Taylor’s University

PUTRAJAYA 17 Mei – Program “Pride not Prejudice” yang sepatutnya diadakan pada 6-8 Jun 2017 telah dibatalkan oleh pihak pengurusan Taylor’s University. Menurut Azura Abdullah, Pegawai Komunikasi Korporat Taylor’s University, program tersebut adalah program pelajar dan diadakan sebagai sebahagian daripada tugasan tanpa mendapat restu daripada pihak pengurusan universiti. Mengambil iktibar daripada insiden ini pihak pengurusan […]

Kembali semula kepada Islam

Oleh MAHANOR SALEHA Anak luar nikah atau tidak sah taraf membabitkan wanita Islam yang didaftarkan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini berjumlah 159, 275 kelahiran (2013- 53,492 orang, 2014-54,614 orang dan 2015- 51,169 orang). Berita Harian, 13 September 2016. Pastinya kenyataan ini sangat mendukacitakan sementelah pelbagai cadangan bagi membendungnya telah banyak dikemukakan oleh pelbagai pihak. […]

YADIM, TH tabur bakti di Tenom

YAYASAN Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah bersama dengan Tabung Haji (TH) baru-baru ini mengadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menaiki kereta api dari Kota Kinabalu ke Tenom, iaitu kawasan pedalaman Sabah. Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki berkata, perjalanan menuju ke Kampung Kuala Tomani, Tenom itu disertai seramai 50 pelatih Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan […]

Tabung Haji saran pendeposit aktifkan akaun

KUALA LUMPUR 16 Mei –  Lembaga Tabung Haji (TH) merekodkan lebih 41,000 akaun pendeposit yang tidak melakukan sebarang transaksi lebih tujuh tahun. Menurut kenyataan TH hari ini, akaun berkenaan akan dipindahkan ke kumpulan ‘Akaun Tidak Aktif’ bermula 3 Jun ini yang menyebabkannya tidak layak menerima sebarang hibah. TH berkata pendeposit yang mempunyai akaun TH tidak […]

Korea Utara dalang virus ‘Ransomware’?

WASHINGTON, 17 Mei – Korea Utara kini mula dikaitkan dengan serangan serangan siber global WannaCry ‘Ransomeware’ berdasarkan penemuan sepasukan penyelidik kawalan siber di dua buah syarikat pengeluar perisian terkemuka, Symantec dan Kaspersky Lab. Menurut kedua-kedua syarikat itu, kumpulan penyelidik menemui beberapa kod versi awal perisian WannaCry dalam program digunakan kumpulan Lazarus yang dikenal pasti sebagai […]

Kecemerlangan akademik bukan jaminan akhlak, nilai murni

ALOR SETAR 16 Mei – Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah, mengingatkan pelajar dan ibu bapa bahawa kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjamin seseorang itu melayari hidup dengan baik sekiranya tidak dipacu akhlak dan nilai murni dalam diri. Justeru, titah baginda ibu bapa harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab mendidik, mengasuh, serta membimbing anak mereka untuk […]