Ahok tewas di tangan Anies

Pilihan raya disifatkan lancar tapi ‘paling kotor’ JAKARTA 18 April – Bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan mendahului pencabarnya, Basuki ‘Ahok’ Tjahaja dengan 58 peratus pungutan undi dalam pusingan kedua Pilihan Raya Gabenor Jakarta yang berlangsung hari ini. Ahok menerima 42 peratus undian dalam keputusan tidak rasmi berdasarkan pengiraan awal oleh pusat pemantau pengundian swasta, Indikator […]

Siasat kenyataan Kassim Ahmad ikut Akta Hasutan: CENTHRA, CLJ, YP, PPMM dan iPeguam

BANGI, 19 April – Lima pertubuhan pengamal undang-undang dan profesional meminta pihak berautoriti untuk menyiasat kenyataan tokoh anti-hadis, Kassim Ahmad yang mahu kedudukan Islam sebagai agama negara dibuang daripada Perlembagaan. Kenyataan Kassim yang disiarkan portal berita The Malaysian Insight – sebuah portal baharu yang menggantikan The Malaysian Insider yang pernah diharamkan kerana menghasut – pada […]

Belia habiskan empat jam sehari layari media sosial

CYBERJAYA 18 April – Purata golongan belia negara ini mempunyai empat akaun media sosial dan menghabiskan selama empat jam sehari melayari media sosial berbanding trend masyarakat dunia kini, dua jam sehari. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, golongan ber­kenaan yang berusia 15 hingga 40 tahun merupakan 77 peratus daripada lebih 24 juta […]

Zakir bertaraf penduduk tetap

PUTRAJAYA 18 April – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik bukan warganegara dan tidak menetap di Malaysia sebaliknya hanya memiliki status penduduk tetap di negara ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Zakir mendapat status penduduk tetap lima tahun lepas dan beliau tinggal di beberapa negara lain. “Beliau (Zakir) mendapat status […]

500,000 tinggalkan Mosul sehelai sepinggang: PBB

BAGHDAD, 18 April  – Hampir 500,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka sejak tentera Iraq melancarkan operasi membebaskan Mosul daripada cengkaman militan. Angka itu didedahkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), semalam dengan mendakwa jumlah itu sangat mengejutkan. Penyelaras kemanusiaan PBB di Iraq, Lisa Grande dalam kenyataan berkata, jumlah orang awam yang masih melarikan diri dari Mosul menunjukkan mereka […]

Kewujudan tadika Islam di Austria cetus debat

VIENNA 17 April – Satu kajian yang mengandaikan kewujudan tadika-tadika Islam di ibu negara ini akan menyebabkan munculnya sebuah kumpulan minoriti agama dan seterusnya melahirkan pertubuhan radikal tempatan pada masa akan datang, telah mencetuskan perdebatan hangat di Austria. Menurut penulis kajian itu, Ednan Aslan, kira-kira 10,000 orang kanak-kanak berumur antara dua hingga enam tahun kini […]

Tiada sijil halal dikeluarkan untuk ‘bir halal’

KUALA LUMPUR 17 April – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk minuman ‘bir halal’ atau mana-mana produk yang menggunakan nama atau dikaitkan dengan produk haram. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, penggunaan nama ‘bir halal’ bertentangan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) dan Standard […]

PAS maafkan Nanyang Siang Pau, pesan jangan ulangi kesalahan

BANGI, 17 April – PAS menerima permohonan maaf akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau dan pada masa sama berharap kejadian mengguris hati umat Islam di negara ini minggu lalu tidak berulang kembali. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan, hari ini mengajak umat Islam supaya memaafkan kesilapan yang telah dilakukan akhbar Nanyang. Akhbar […]

Mesir kenal pasti penyerang gereja Coptic

KAHERAH, 15 April – Pihak berkuasa Mesir telah mengenal pasti penyerang kedua yang bertindak mengebom gereja Coptic di utara Mesir, pada minggu lalu. Kementerian Dalam Negeri membuat pengumuman itu selepas Presiden Abdel Fattah al-Sisi dalam lawatannya ke gereja itu untuk mengesan suspek yang terlibat dalam insiden berkenaan. Lawatan al-Sisi adalah sehari selepas kementerian mengenalpasti pengebom […]

600 hadir Forum Perdana

KOTA BHARU 15 April – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Cawangan Kelantan telah mengadakan program Forum Perdana Ehwal Islam pada 13 APRIL lalu bertempat di Masjid Binjal Mutaab, Pasir Mas, Kelantan. Pengurus Eksekutif YADIM Zon Timur, Mahadi Awang berkata, pada program itu seramai 600 orang telah hadir yang terdiri daripada penduduk di sekitar masjid berkenaan […]