Al-Baythar: Pengkaji flora dan fauna

IBNU al-Baythar atau nama lengkapnya Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad ad-Din bin al-Baythar al-Malaki, terkenal sebagai doktor haiwan, ahli botani dan farmakologi, serta sarjana ilmu tumbuh-tumbuhan.  Beliau banyak melakukan terapan dalam masalah-masalah tumbuhan sebagai “applied science” untuk keperluan ubat-ubatan. Sebahagian ilmunya berasal dari Yunani, tetapi daripada 1400 ramuan ubat yang dikemukakan, sebanyak 300 buah ramuan […]

YADIM bantu pelajar mualaf

KUCHING 17 Januari – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah mengadakan program  Ceramah Motivasi dan Program Bantuan Persekolahan 2017 pada 16 Januari bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melugu Sri Aman, Sarawak. Pengurus Eksekitif YADIM Zon Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat berkata, dalam program berkenaan, YADIM telah menyampaikan bantuan kepada 30 pelajar yang terdiri daripada […]

Guan Eng patut malu tidak faham Perlembagaan

RAUB 17 Jan. – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dibidas kerana didakwa tidak memahami Perlembagaan Persekutuan berbanding seorang remaja berusia 13 tahun yang dilihat lebih arif dalam perkara itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk. Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (gambar)berkata, sebagai wakil rakyat, Guan Eng seharusnya malu apabila remaja terbabit, Ahmad Ali […]

Jakim digesa bertindak drastik, sistematik bendung agenda liberal

PUTRAJAYA 17 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa bertindak secara drastik dan sistematik bagi memben­dung agenda golongan Islam liberal dalam menolak autoriti ulama dan institusi Islam di negara ini. Pensyarah Pusat Pengajian Usu­luddin Universiti Sultan Zai­nal Abidin (Unisza), Muhammad Rashidi Wahab berkata, adalah menjadi matlamat golongan Islam liberal untuk merosakkan pegangan umat Islam […]

Itali bakal jadi negara Islam: Paderi

LOS ANGELES, 16 Januari – Seorang Ketua Biskop Katolik memberi amaran Itali akan menjadi sebuah negara Islam dalam satu dekad jika negara itu terus meliberalisasikan dan membuka pintu kepada pelarian Islam. Ketua Bishop Itali, Carlo Liberati berkata, kebangkitan sekularisme dan kemasukan pendatang Islam akan mengubah negara itu selama-lamanya. “Dalam masa 10 tahun kita semua akan […]

Majlis Muafakat Rohingya ditubuh bantu sekat penularan pengaruh ekstremis

KUALA LUMPUR, 16 Januari – Pusat Rohingya ASEAN (ARC) hari ini menubuhkan Majlis Muafakat Rohingya sebagai badan yang bertanggungjawab menyekat penularan fahaman ekstremis dalam kalangan masyarakat Rohingya di negara ini. Pengarah Eksekutif ARC, Dr Helmi Ibrahim berkata, majlis ditadbir ARC itu juga bertindak menjaga kebajikan masyarakat Rohingya dan badan pelaksana terhadap sebarang keputusan yang dipersetujui […]

Program haji 1MDB akan diteruskan

KUALA NERUS 16 Januari – Program Khas Haji Perdana Menteri di bawah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak terjejas dan akan diteruskan, meskipun dipersoal sama ada mabrur atau tidak oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata, perkara itu terbukti apabila jawatankuasa khas haji telah bersetuju […]

YADIM Timur beri bantuan mangsa banjir

KUALA TERENGGANU 16 Januari – Di atas rasa keprihatinan terhadap nasib mangsa banjir di  negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah turut menyertai program bantuan banjir di beberapa kawasan di Terengganu, baru-baru ini. Program berkenaan diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah YADIM Kuala Terengganu, Sahabat PERKIM […]

28 militan dari China ditahan di Malaysia

Risikan dua negara banteras kegiatan transit militan BEIJING, 12 Januari – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, hasil kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan China, sebanyak 28 rakyat negara ini yang disyaki anggota militan Daesh ditahan di Malaysia. Katanya, mereka yang ditahan itu adalah dalam perjalanan ke Iraq, Turki dan […]

Puluhan rumah Rohingya diroboh

YANGON, 13 Januari – Lagi penindasan terhadap etnik Islam Rohingya apabila rumah yang didiami mereka diroboh oleh tentera Myanmar. Dilaporkan 40 buah rumah Rohingya di kampung-kampung sekitar Maungdaw, Rakhine dimusnahkan ketika penghuninya tiada. Sebanyak 36 buah rumah dirobohkan di Kampung Zam Bonnia manakala empat lagi di Kampung Mirullah. Media melaporkan, tindakan itu dilakukan oleh tentera […]