Home » Citra Yadim » YADIM Timur beri bantuan mangsa banjir

YADIM Timur beri bantuan mangsa banjir

KUALA TERENGGANU 16 Januari – Di atas rasa keprihatinan terhadap nasib mangsa banjir di  negeri-negeri Pantai Timur baru-baru ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zon Timur telah turut menyertai program bantuan banjir di beberapa kawasan di Terengganu, baru-baru ini.

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli-ahli Sukarelawan Al-Falah YADIM Kuala Terengganu, Sahabat PERKIM Terengganu, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu  (ATRA) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Padang Air dan Kampung Bukit Berangan yang telah terlibat dalam bencana banjir.

Eksekutif YADIM Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, program berkenaan telah diadakan pada 14 Januari lalu dan melibatkan pelbagai aktiviti bantuan termasuk memberi sumbangan dan gotong-royong membersihkan rumah-rumah yang rosak akibat banjir.

“Tumpuan telah diberikan kepada rumah-rumah warga emas yang mengalami kerosakan akibat banjir itu dan ini termasuklah kerja-kerja membersihkan rumah yang diseliputi selut tebal dan menggantikan beberapa peralatan,’’ katanya.

Beliau berkata, program ini telah sedikit sebanyak membantu mangsa-mangsa banjir dalam menangani kesan-kesan bencana termasuklah dari segi material dan sokongan moral kepada mereka yang mungkin merasa tertekan akibat menanggung kerugian.

Katanya, program berkenaan telah mendapat kerjasama yang baik daripada pelbagai pihak terutamanya PERKIM Terengganu dan ini termasuklah dengan kehadiran Pengerusinya sendiri iaitu Prof. Dr. Ramly Abdullah yang turut sama turun padang.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *