Home » Langit Terbuka » Umat Islam di China dipaksa serah al-Quran, sejadah jika tak mahu dihukum

Umat Islam di China dipaksa serah al-Quran, sejadah jika tak mahu dihukum

XINJIANG, 30 Sept. – Kerajaan China memerintahkan umat Islam di wilayah Xinjiang di barat laut China menyerahkan salinan al-Qur’an dan tikar sejadah kepada pihak berkuasa.

Jurucakap kumpulan hak asasi manusia, Kongres Dunia Uyghur, Dilxat Raxit berkata, mereka akan menghadapi hukuman tegas sekiranya tidak melakukan sedemikian.

Arahan itu telah dimaklumkan kepada beberapa kawasan serta disiarkan di seluruh rangkaian media sosial WeChat, memerintahkan orang untuk menyerahkan barangan yang mempunyai kaitan dengan Islam kepada pihak berkuasa kerajaan.

Kerajaan telah mensasarkan Al-Quran di rantau ini selama lima tahun kerana mendakwa kitab suci itu mengandungi “kandungan pelampau”.

Pengarah Projek Hak Asasi Manusia Uyghur, Omer Kanat berkata, peraturan agama baharu ini menunjukkan bagaimana pentadbiran Xi Jinping diasaskan pada diskriminasi.

“Orang Islam diberitahu untuk menyerahkan barang-barang keagamaan “secara sukarela” kepada pihak berkuasa, jika ada yang ditemukan semasa pencarian pihak berkuasa, maka pesalah akan menghadapi hukuman berat,” katanya. – Agensi

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *