Home » Langit Terbuka » Umat Islam Indonesia berhimpun bantah Ahok penghina Al-Quran

Umat Islam Indonesia berhimpun bantah Ahok penghina Al-Quran

JAKARTA, 15 Okt. – Umat Islam Indonesia berhimpun mengadakan bantahan secara aman ke atas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja (Ahok) atas tindakannya menghina Al-Quran.

Laporan berita Indonesia melaporkan, bantahan secara aman dengan slogan ‘Tangkap dan Penjarakan Ahok’ itu dilakukan sebelum solat Jumaat semalam, melibatkan sekitar 150,000 orang daripada pelbagai organisasi.

Mereka berkumpul di Masjid Istiqlal, Jakarta dan kemudian berkonvoi secara beramai-ramai ke balai polis dan dewan bandar raya.

Sementara itu, di wilayah Makassar, umat Islam di sana membuat petisyen mengandungi 50 kandungan.

Petisyen itu melalui Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Sulawesi Selatan (SulSel), Polis SulSel, Daerah Ketenteraan VII Wirabuana, menggesa Polis Republik Indonesia, Peguam Negara, Mahkamah Persekutuan menangkap dan mengadili Ahok yang menghina agama Islam yang dianuti majoriti rakyat negara itu.

Kedua, melalui DRPD SulSel Polis SulSel, Daerah Ketenteraan VII Wirabuana, DPRD Daerah Khusus Ibu Kota dan Kementerian Dalam Negeri menggesa Presiden Indonesia melucutkan jawatan Ahok yang melakukan penghinaan terhadap agama Islam.

Terdahulu, Ahok dikecam masyarakat Islam Indonesia apabila beliau menyatakan umat Islam diperdaya surah al- Maidah ayat 51 berikutan tidak menyokongnya sebagai pemimpin Indonesia.

Ayat 51 surah al- Maidah bermaksud ‘Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.’- ISMAWEB

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *