Home » Citra Yadim » Umat Islam perlu sedar bahaya liberalisme

Umat Islam perlu sedar bahaya liberalisme

KOTA BHARU – Gerakan liberalisme di negara ini didapati semakin meningkat apabila munculnya individu-individu yang semakin berani menyuarakan pemikiran liberal mereka.

Ideologi mereka dilihat menyerap masuk melalui pelajar di universiti tempatan dan di luar negara. Ia berpunca daripada tiada halangan dan sekatan yang tegas untuk mereka menyampaikan pemikiran di kampus.

Atas kesedaran itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menganjurkan Program Bicara Dakwah bertempat di Dewan Syarahan Yadim Cawangan Kelantan baru-baru ini.

Usaha memberikan penjelasan kepada masyarakat mengenai isu ini harus digiatkan kerana ia jelas mengancam akidah umat Islam di negara ini.

Dalam diskusi tersebut, ahli panel turut menekankan tentang pentingnya umat Islam menyeimbangkan ilmu agama dengan ilmu duniawi supaya tidak mudah terpengaruh dengan fahaman ini.

Ceteknya ilmu agama akan menyebabkan seseorang individu akan memutarbelitkan hukum agama yang telah ditetapkan mengikut logik akal sebagaimana yang berlaku kepada kumpulan yang menggelarkan diri mereka G25.

Oleh sebab itu, gerakan dan fahaman liberalisme ini perlu disekat lebih awal sebelum ia mencapai tahap ekstrem sehingga boleh menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

Program yang dihadiri oleh 100 orang peserta itu, telah menampilkan Ustaz Mohd Syamsul bin Mohd Yusoh, Pegawai Dakwah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Ustaz Suhaimi bin Husain, Pengelola Penggerak Masyarakat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai panel diskusi. Manakala Ustaz Muhammad Amir bin Mat Ghani bertindak sebagai moderator.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *