Home » Langit Terbuka » Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square, New York

Umat Islam Tunai Solat Tarawih Di Times Square, New York

Masyarakat Muslim menjalankan ibadah terawih bersempena 1 Ramadan berhampiran bangunan Times Square New York - Foto Islamfy Instagram

New York – Sambutan Ramadan di New York mencatat detik bersejarah selepas lebih 1,000 umat Islam berbuka puasa dan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah, di Times Square, pada Sabtu lalu.

Penganjur yang dikenali sebagai SQ berkata, selain berbuka puasa dan menunaikan solat tarawih, mereka yang hadir juga membaca ayat-ayat al-Quran.

Umat Islam yang hadir juga berkongsi mengenai kepentingan Ramadan selain turut menerangkan kepada orang awam mengenai keindahan Islam.

Penganjur acara ‘Taraweeh in Times Square’ turut mengagihkan 1,500 hidangan kepada mereka yang hadir.

“Ini adalah peristiwa bersejarah dan tidak pernah berlaku dalam sejarah New York,” kata SQ. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *