Home » Langit Terbuka » UNESCO lulus resolusi baru Jerusalem

UNESCO lulus resolusi baru Jerusalem

JERUSALEM, 27 Okt.  – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerusi Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifiknya(UNESCO), semalam, membuat keputusan menafikan kaitan Jerusalem dengan agama Yahudi dan penganutnya yang telah lalu.

UNESCO meluluskan usul yang menyokong hak rakyat Palestin bagi perkarangan Masjid al-Aqsa dan menyelar tindakan provokasi Israel ke atas tapak suci itu.

Bagaimanapun, pertubuhan dunia itu bersetuju mengekalkan bahagian tembok di Old City – tanah suci Islam yang turut didakwa sebagai kawasan suci bagi Yahudi serta Kristian – sebagai warisan dunia yang terancam.

Resolusi itu meluahkan kebimbangan mendalam UNESCO terhadap kerja-kerja pembinaan dan penggalian arkeologi oleh Israel di Kota Lama Jerusalem.

21 anggota UNESCO membuat pengundian secara sulit semalam, di ibu pejabat agensi itu di Paris.

Sepuluh negara mengundi, dua menentang, lapan berkecuali dan satu tidak hadir dalam pengundian.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin, Saeb Erekat berkata, beliau menyambut baik resolusi berkenaan dan mendakwa rejim Tel Aviv mengambil jalan dengan kempen memutar belitkan fakta sebagai usaha mengesahkan kependudukannya di Baitulmuqaddis Timur al-Quds.

“Ia perlu dihormati status quo tapak agama itu, termasuk Kompaun Majid al-Aqsa yang terus diancam oleh hasutan sistematik dan tindakan provokatif kerajaan Israel dan kumpulan pelampau Yahudi,” katanya.

Sebelum ini, Lembaga Eksekutif UNESCO yang terdiri daripada 58 anggota meluluskan resolusi sama sehingga mencetuskan kemarahan Israel dan bertindak menggantung hubungannya dengan agensi itu. – Agensi

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *