Home » Langit Terbuka » Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah Tangguh Untuk Dijual

Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah Tangguh Untuk Dijual

Pusat Pendidikan Al Barakah

IPOH – Penjualan Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan ditangguhkan buat sementara kerana perlu melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata kerajaan negeri serta beberapa pihak menyatakan kesudian untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pusat pendidikan tersebut.

“Saya menerima panggilan daripada pihak kerajaan negeri pagi ini yang mahu berbincang dengan saya mengenai masalah yang dihadapi pusat ini.”

“Selepas perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri saya akan mengumumkan keputusan sama ada menutup atau tidak unit tahfiz pada Ogos ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penjualan unit tahfiz berkenaan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pusat Pendidikan Al-Barakah yang beroperasi pada 2006 mempunyai tiga unit iaitu Tahfiz Al-Quran, Pondok Pengajian Dewasa dan Tadika Nurul Barakah. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1479223

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *