Home » Langit Terbuka » Universiti di Indonesia tarik balik larangan niqab

Universiti di Indonesia tarik balik larangan niqab

PELAJAR sebuah universiti di Yogyakarta, Indonesia memakai niqab baru-baru ini. 

JAKARTA 12 Mac – Universiti Islam Sunan Kalijaga di Yogyakarta yang pernah menjadi tajuk berita utama di seluruh dunia apabila mengharamkan pemakaian niqab, kini menarik balik keputusan tersebut selepas dikritik cuba campur tangan dalam pilihan peribadi.

Pentadbiran universiti berkenaan mengeluarkan arahan bahawa pelajar wanita tidak dibenarkan memakai niqab dan sekiranya ingkar, mereka mungkin dibuang daripada institusi itu.

“Garis panduan berhubung pelajar memakai niqab akan ditarik balik bagi mengekalkan suasana akademik yang kondusif terhadap keadilan,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh universiti terbabit minggu lalu.

Sebelum ini, beberapa universiti termasuklah Universiti Ahmad Dahlan di Yogyakarta turut menguatkuasakan larangan pemakaian niqab. – AFP

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *