Home » Kenali Kami » visi&misi

visi&misi

Visi, Misi dan Objektif

Visi

Membangun pandangan hidup (world view) masyarakat Islam berlandaskan minda quranik dan menyatukan pemikiran ke arah kemajuan negara.

Misi

  • Membina imej Islam sebagai ajaran yang benar dan adil.
  • Menarik lebih ramai generasi muda terlibat dalam kegiatan dakwah.
  • Melahirkan pendakwah yang berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi serta mempunyai kebijaksanaan dalam menyampaikan dakwah.
  • Menjadi badan penyelaras kegiatan dakwah Islam di Malaysia.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT

Seiring dengan misi dan visi yang digariskan, YADIM memberikan tumpuan kepada perkara-perkara berikut:

  1. YADIM berusaha membangun minda umat supaya terbentuk minda quranik yang berdaya tahan dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat; seterusnya berusaha mengembangkan institusi kehidupan berlandaskan minda quranik ini.
  2. Menggembleng keupayaan umat dan menyatukannya untuk memartabatkan ketinggian Islam dan mempertahankan kesuciannya.
  3. Menjadi penggerak yang berkesan ke arah memanfaatkan potensi umat untuk melaksanakan kerja-kerja bermanfaat dalam kerangka pembangunan negara mengikut acuan sendiri.
  4. Berusaha membenteras fahaman-fahaman beku, jumud, hizbiyah (kepartian) taksub dan seumpamanya terutama yang disebarkan atas nama Islam berdasarkan salah tafsiran terhadap ajaran Islam.
  5. Berusaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

 Tagline

‘Sampaikan dariku Walaupun Satu Ayat’

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *