Home » Citra Yadim » Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pada 30 Januari, telah diadakan sesi perbincangan Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM.
Antara yang disentuh termasuklah program kerjasama yang bakal menyaksikan YADIM akan menyertai Slot Wacana Integriti anjuran SPRM serta mengadakan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah.
Turut dibincangkan ialah rancangan melibatkan program selama dua hingga tiga hari dengan suruhanjaya berkenaan bersama pengurusan badan dakwah ini serta lawatan ke SPRM melibatkan kakitangan ibu pejabat YADIM.
Hadir bagi pihak SPRM dalam perbincangan ini ialah Tuan Rostam Maidin dan Puan Nur Falihin Ahmad Fadillah daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat, Cawangan Sosiobudaya dan Politik.
Meakili YADIM pula ialah Penasihat Undang-Undang, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Puan Nurul Ilyani Mohd Tamam, Pengarah Bahagian Sumber Manusia, Puan Safizah Saferi serta dua Penolong Pengarah, Cik Siti Afiza Iman dan Puan Haflida Husain serta Puan Siti Nur Amalina dari Unit Undang-Undang dan Integriti.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *