Home » Langit Terbuka » Wakaf Maik Muamalat dilancar

Wakaf Maik Muamalat dilancar

PEMANGKU Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra pada Majlis Perasmian dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman Wakaf Maik Muamalat oleh Pemangku Raja Kelantan di Hotel Perdana di Kota Bharu hari ini.-UTUSAN ONLINE

 

KOTA BHARU 17 Jan. – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melakar sejarah apabila bekerjasama dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi mengutip dan menguruskan dana wakaf di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata, pelaksanaan Wakaf Maik Muamalat turut didokong lima buah bank Islam lain yang bergabung di bawah Persatuan Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) iaitu Affin Bank Berhad; Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat); Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad.

Beliau berkata, kerjasama strategik dalam kutipan dan pengurusan wakaf tunai itu akan memberi kemudahan kepada pelanggan bank dan orang ramai untuk melaksanakan ibadah wakaf dengan lebih baik.

“Bank Muamalat akan bekerjasama dengan bank-bank Islam yang terlibat untuk mengutip dana wakaf daripada orang ramai.

“Dana yang dikutip akan diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JPB) antara Bank Muamalat dengan Maik yang akan merangka dan melaksanakan aktiviti wakaf terutamanya dalam sektor pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi termasuk pelaburan yang difikirkan sesuai bagi menjana dana wakaf sedia.

“Bank Muamalat telah memulakan perkhidmatan wakaf sejak tahun 2012 lagi dan akan menggunakan pengalaman dan kepakaran ini untuk meningkatkan keyakinan masyarakat menyumbang kepada Wakaf Maik Muamalat,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian dan Menandatangani Perjanjian Persefahaman Wakaf Maik Muamalat di Hotel Perdana di sini hari ini.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra.

Yang turut hadir, Pengerusi JBP Wakaf Maik Muamalat, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz dan Timbalan Yang Dipertua Maik, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi.- UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *