Home » Langit Terbuka » Wanita Islam berhijab diserang remaja di restoran.

Wanita Islam berhijab diserang remaja di restoran.

NEW YORK 1 Jan. Seorang wanita berhijab mendakwa diserang di sebuah restoran di Brooklyn pada Selasa.

Souad Kirama, 51, seorang aktivis masyarakat berkata, insiden itu berlaku di sebuah restoran, Panera Bread berhampiran Jambatan Brooklyn.

Ketika beliau sedang menikmati minum petang bersama rakannya sekitar pukul 5.15 petang, beliau mendapati terdapat sekumpulan remaja perempuan sedang membuat bising tidak jauh dari tempat duduk mereka.

“Apa yang saya lakukan hanyalah meminta mereka untuk tidak membuat bising dan mereka mula menyerang dan menumbuk di belakang saya,’’ katanya.

Beliau berkata, mereka telah menggelarya `pengganas’ dan memberitahunya supaya pulang ke negaranya semula sebelum memukulnya di bahagian kepala.

Polis New York telah menjalankan siasatan berdasarkan jenayah kebencian.

Kirama memberitahu, saksi-saksi lain yang berada berhampiran tidak melakukan apa-apa untuk membantunya.

“Orang ramai hanya memerhati insiden saya dipukul dan digelar pengganas,’’ katanya.

Beliau bagaimapun tidak mengalami kecederaan serius yang memerlukannya mendapatkan rawatan di hospital.

Sementara itu, Pengarah Perundangan Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), Albert Fox Cahn kesal kerana sebahagian penduduk New York tidak berbuat apa-apa ketika menyaksikan kejadian sedemikan.- https://metro.co.uk.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *