Home » Langit Terbuka » Wanita Muat Naik Gambar Tatu Kalimah Allah Ditahan

Wanita Muat Naik Gambar Tatu Kalimah Allah Ditahan

Foto Berita Harian
Foto Berita Harian

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 46 tahun di Gombak semalam kerana disyaki memuat naik kandungan yang menyentuh sensitiviti agama dan perkauman di media sosial Facebooknya.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata wanita yang dipercayai pemilik akaun Facebook @Bunga Matahari itu dipercayai telah memuat naik gambar kalimah Allah yang ditatu di badan seorang wanita.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sekeping kad sim daripada wanita berkenaan dan beliau direman selama tiga hari sehingga esok,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noorsiah berkata kes wanita berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan yang mengaibkan, mengundang kemarahan, menimbulkan rasa benci kepada agama, bangsa, kaum, raja sehingga boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan perpaduan,” katanya.

Beliau berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan media sosial mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat. — AlHijrah Online

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *