Home » Langit Terbuka » WHO puji usaha Malaysia tangani Covid-19

WHO puji usaha Malaysia tangani Covid-19

WHO berpuas hati dan memuji usaha negara ini mengekang Covid-19. - Foto WHO

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat antara kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diadakan pada 26 Mac dan badan dunia itu memuji langkah Malaysia menangani penularan wabak Covid-19.

“Mereka puas hati dengan apa yang kita ada. Kita gunakan banyak kaedah, pertama adalah PKP, kedua aktiviti mencari pesakit positif, buat ujian dan asingkan serta kita rawat.

“Kita ada kumpulan sasaran kita iaitu tabligh, pendatang tanpa izin, Rohingya, dan sebagainya yang hadir dalam majlis tersebut,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata WHO telah diberikan penerangan dan melihat sendiri cara-cara pakar Malaysia dalam merawat pesakit positif Covid-19.

Turut dilihat kesiapsiagaan Malaysia dalam memastikan wabak ini dapat ditangani dengan segera.

Selain daripada itu, KKM turut menjalankan usaha untuk membersihkan kawasan-kawasan yang laporkan berlakunya kes Covid-19.

Ia dijalankan dengan kerjasama rapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). -MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *