Home » Citra Yadim » YADIM anjur majlis khatan percuma

YADIM anjur majlis khatan percuma

KOTA KINABALU 29 Nov.  – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah telah mengadakan program Program Bengkel Pengurusan Jenazah dan Berkhatan pada 26 November lalu bertempat di Masjid Baitus Salaam, Taman Perumahan Vista Minintod, Penampang.

Pengarah YADIM Sabah, Samin Ongki berkata, program berkhatan yang diadakan percuma telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk setempat dengan penyertaan seramai 72 kanak-kanak.

“Program ini diadakan secara percuma bagi meringankan beban para ibu bapa di kawasan ini dan rata-rata mereka menyambut baik usaha yang dilakukan ini,’’ katanya.

Program berkenaan yang diadakan secara kerjasama di antara YADIM dan Masjid Baitus Salam Vista Minintod, Penampang telah diadakan dengan penuh meriah terutama apabila kanak-kanak yang terlibat itu disiram oleh pasukan bomba.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sabah

Selain daripada program berkhatan, Samin berkata, turut diadakan adalah Bengkel Pengurusan Jenazah yang bertujuan memberi pendedahan kepada anggota masyarakat tentang tatacara pengurusan jenazah yang betul.

“YADIM berharap program ini, pertamanya, akan melahirkan pengurus-pengurus jenazah yang  berilmu serta berwibawa,  dan, yang keduanya, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang akhirnya akan meneruskan perjuangan menegakkan agama di Sabah ini, ‘’ katanya.

Beliau berkata, dalam Bengkel Pengurusan Jenazah itu, para peserta telah dibimbing oleh dua pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) iaitu Ustaz Haji Awaluddin Nasution, dan  Ustazah Hajah Maria Hasibuan.

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *