Home » Citra Yadim » YADIM bantu mualaf Macma

YADIM bantu mualaf Macma

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan membantu mualaf dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) termasuk mengadakan program khidmat masyarakat Siam dan Cina di negeri ini.

Pengerusi Eksekutif Yadim Zon Timur, Mahadi Awang berkata, sumbangan dalam bentuk kewangan juga akan diberikan bagi menggerakkan program yang dirancang untuk tahun ini dan pada masa akan datang.

“Program yang dirancang dalam masa terdekat adalah Bengkel Solat dan Penyembelihan Haiwan di pejabat Macma Kelantan.

“Yadim akan membawa 25 Felo Muda Dakwah dari jabatan ini, iaitu pelajar lepasan luar dan dalam negara yang dilatih khas oleh Yadim untuk membimbing ahli-ahli Macma, malah akan menaja segala perbelanjaan dalam bengkel ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan cenderamata kepada Pengerusi Macma Cawangan Kelantan, Johari Yap. Sementara itu, Johari berkata, Macma Kelantan berbesar hati dengan kunjungan Yadim yang hadir membincangkan kerjasama dalam bidang dakwah.

“Program seterusnya yang dirancang bersama Yadim termasuk membawa pelatih jururawat yang menjadi sukarelawan Al-Falah Yadim, untuk masuk ke kampung-kampung Cina dan Siam bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah.

“Golongan tua dan OKU yang susah mendapatkan pengangkutan akan mendapat manfaat besar hasil dari program khidmat masyarakat ini,” katanya. SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

‘Tahniah Dr Sirajuddin’ – Anwar

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *