Home » Citra Yadim » YADIM bantu semarakkan NGO Islam Selangor

YADIM bantu semarakkan NGO Islam Selangor

SHAH ALAM – Bertempat di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, satu mesyuarat jawatankuasa yang bertujuan menyelaras dan menyemarakkan kegiatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam telah diadakan pada 16 November lalu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan NGO Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kali ke empat itu turut melibatkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) sebagai ahlinya.

“Ia juga bertujuan mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan antara NGO Islam di Selangor. MAIS juga menyalurkan dana selain memantau perkembangan program yang dianjurkan.

“Selain itu, kita juga merangka apakah bentuk dan mekanisma program yang boleh dilaksanakan pada tahun hadapan,” kata Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pembangunan NGO YADIM, Tuan Zamani Mohd Karulani.

Beliau hadir sebagai wakil YADIM dalam jawatankuasa berkenaan.

Menurutnya lagi, MAIS berharap NGO NGO yang berdaftar di bawah jawatankuasa itu akan dapat menjadi penggerak kepada agenda pemerkasaan Islam di Selangor.

Tambah beliau, terdapat 72 NGO Islam berdaftar di bawah jawatankuasa berkenaan yang diletakkan di bawah 10 kluster mengikut bentuk program yang dilaksanakan.

Selain YADIM dan MAIS, Jawatankuasa Pembangunan NGO Majlis Agama Islam Selangor dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Selangor, NGO NGO Islam serta wakil Institusi Pengajian Tinggi.

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *