Home » Citra Yadim » YADIM, Hidayah Centre tingkat kerjasama pengkaderan dakwah

YADIM, Hidayah Centre tingkat kerjasama pengkaderan dakwah

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Hidayah Centre Foundation (HCF) bersetuju meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dakwah terutamanya pengkaderan.

Objektif ini perlu dicapai dengan melahirkan lebih ramai daie pada masa akan datang dengan kemahiran seperti penguasaan pelbagai bahasa dan penggunaan media baharu.

Hasrat ini diutarakan dalam kunjung hormat secara maya oleh HCF kepada YADIM pada 4 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif kedua organisasi hadir dalam kunjungan maya ini dengan HCF diwakili Haji Fakharuddin Abdul Kudos manakala YADIM oleh Tuan Kamarul Arief Tuan Soh selain pengarah pengarah kanan kanan badan dakwah ini.

Dalam pertemuan ini, selain menerangkan tentang operasinya, HCF merakamkan penghargaan dan terima kasih atas gerak kerja dakwah yang dilaksanakan YADIM selama ini yang disifatkannya sebagai terbuka dan menyantuni semua lapisan masyarakat.

YADIM dalam reaksinya menjelaskan, pelaksanaan kerja HCF sememangnya selari dengan Sektor Latihan dan Perkaderan badan ini, khususnya bidang dakwah saudara baharu.

YADIM juga mengalu alukan sebarang usahasama yang mahu dijalankan dengannya serta memaklumkan ia akan dikoordanasikan di bawah Majlis Amal Islami Malaysia selaku penyelarasnya.

 

 

Artikel Berkaitan

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *