Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif – Dialog Wanita Hebat 3K (Kesihatan, Keluarga dan Kerjaya)

YADIM Interaktif – Dialog Wanita Hebat 3K (Kesihatan, Keluarga dan Kerjaya)

SEMPENA Sambutan Hari Malaysia, dianjurkan program YADIM Interaktif – Dialog Wanita Hebat 3K (Kesihatan, Keluarga dan Kerjaya) di Masjid At Taubah, Pinang Tunggal, Sungai Petani.
Program anjuran YADIM Kedah pada 16 September ini disertai 60 peserta dari kalangan wanita setempat.
Objektif utama penganjuran program ini adalah melahirkan wanita yang memberi inspirasi dan motivasi menerusi peranan dan sumbangan wanita hebat 3K (Kesihatan, Keluarga dan Kerjaya) dalam menyeimbangkan kehidupan seharian.
Pengisian slot pertama mengenai kesihatan wanita dengan tajuk ‘ Kesihatan dan Bahaya Denggi’ disampaikan oleh Puan Suraiya Hashim selaku Pengerusi Team Mama Combi, merangkap wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda manakala slot kedua, Dialog Wanita Hebat 3K pula oleh Ustazah Rosnah Mustafa.
Beliau merupakan pesara Kor Agama Angkatan Tentera dan Penasihat Juvana Mahkamah Daerah Kuala Muda.
Peserta program juga menerima pendedahan secara praktikal mengenai kaedah pengurusan jenazah dalam program ini.
Hadir ke program ini ialah Pengerusi dan Imam Masjid At Taubah Pinang Tunggal,Tuan Haji Osman Mad Isa dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Pinang Tunggal, Encik Shahme Ramli.
Pegawai YADIM, Puan Najwa Ishak merupakan penyelaras program ini.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *