Home » Citra Yadim » YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′

YADIM Kedah bersama gabungan NGO negeri Kedah raikan mualaf sempena IRSYAD 360′

KUBANG PASU – Seramai 32 mualaf dari Changloon, Jitra dan Alor Setar diraikan dalam majlis berbuka puasa di sini hari ini.

Program anjuran bersama gabungan sahabat baan bukan kerajaan negeri Kedah antaranya Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kubang Pasu, Dhuafa’ Sejahtera, Malaysian Indian Reverted Muslims Association (MIRA) negeri Kedah, Majlis Dakwah Negara (MDN) negeri Kedah, Hidayah Centre Foundation (HCF), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Kedah/Perlis, Inisiatif Bandar Selamat Jitra, Sekretariat Ekonomi Gerak Amal Kebajikan (SEGAK) negeri Kedah dan Yayasan Ikhlas menjayakan program ini.

Selain majlis berbuka, turut disampaikan ialah pek makanan asasi kepada mereka yang hadir.

Selain itu, tazkirah selama 45 minit juga disampaikan yang menyentuh mengenai keberkatan Ramadan.

Mereka yang menerima sumbangan menyatakan kesyukuran atas pertolongan itu, tambahan dalam musim perayaan yang akan  tiba tidak berapa lama lagi.

Hadir sama ke majlis ini ialah Encik Hasbi Ibrahim, Naib Yang Dipertua ISMA, Ustaz Muhammad Syazwan Menon, Pengerusi Pusat Kecemerlangan Dakwah Islam (PEACE), Ustaz Mohd Amin Ismail, Pengerusi Dhuafa’ Sejahtera, Ustaz Mohd Fariq Zaki, Pengerusi SEGAK, Hamid Sulaiman, Naib Pengerusi Inisiatif Bandar Selamat, Ahmad Fuad Ashaari, Setiausaha Majlis Dakwah Negara negeri Kedah dan Annysha Chong, Setiausaha MACMA Kedah/Perlis.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *