Home » Citra Yadim » YADIM Kedah dan SAY Sungai Petani hidupkan Ramadan
a

YADIM Kedah dan SAY Sungai Petani hidupkan Ramadan

SUNGAI PETANI – YADIM Kedah terus menghidupkan bulan Ramadan yang mulia dengan menganjurkan Tazkirah Nuzul Al Quran dan Iftor Jamaie bertempat di Bilik Gerakan Sukarelawan YADIM (SAY) Sungai Petani.

Selepas majlis iftor, diadakan majlis penyampaian hadiah pertandingan mewarna kepada pemenang dan penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak sukarelawan YADIM yang hadir.

Program yang dianjurkan bersama SAY Sungai Petani pada 19 April ini telah dihadiri oleh kira-kira 100 orang.

Hadir menyampaikan Tazkirah Nuzul Al Quran ialah Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Turut hadir Pengarah YADIM Pulau Pinang Ust Afifi Ruslan, Penolong Pengarah YADIM Perlis Ustaz Zuhri Hussin, Pengerusi SAY Sungai Petani, Encik Basor Harun dan Pegawai Belia Daerah Kuala Muda, Mohd Abdul Aliff Haji Jenal.

Artikel Berkaitan

Pelajar terbaik PSRA Selangor peroleh 11A SPM

KUALA LUMPUR – Bekas pelajar terbaik Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA) Selangor 2017 mengulangi pencapaian cemerlang apabila memperoleh 11A dalam SPM 2022.

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *