Home » Citra Yadim » YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023

YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023

PASIR MAS – Dengan objektif meningkatkan interaksi murid dengan Al-Quran melalui aktiviti tilawah, hafazan, tadabbur dan pengucapan awam, telah diadakan program YADIM Kolaboratif : Mahrajan Al-Quran & Ihtifal Lughawi Peringkat Zon Tendong Tahun 2023.

Program anjuran YADIM Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Bunut Susu, Tendong, Pasir Mas itu disertai 154 peserta yang dipenuhi dengan pengisian seperti pertandingan daie cilik, khat, nasyid, hafazan, kalam Arabiy dan tilawah Al- Quran

Ucapan aluan disampaikan oleh pengerusi jawatankuasa penganjur, Encik Encik Abdul Sattar Bedullah sebelum wakil Penolong Pengarah YADIM Kelantan, Ustazah Yusnita Muhamed Yusof menyampaikan ucapannya.

Perasmian program kemudiannya dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Pasir Mas,  Encik Mohd Zaki Mohamed Zain.

Sebanyak tujuh buah sekolah di Zon Tendong terlibat dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *