Home » Citra Yadim » YADIM, KUIS pererat kerjasama pelbagai bidang

YADIM, KUIS pererat kerjasama pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Hubungan antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan YADIM sudah terjalin sekian lama. Maka tidak hairan pelbagai program dan kerjasama diadakan bersama yang membawa manfaat kepada keduanya.

Hubungan baik itu dieratkan lagi hari ini (7 Mac) dengan kunjungan hormat yang diadakan oleh KUIS ke ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya. Kedatangan delegasi KUIS diketuai Timbalan Rektor Penyelidikan Jaringan Komuniti dan Industi, Prof. Madya Dr. Mokmin Basri disambut oleh  Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Haji Zamri Zakaria.

Bukan sekadar mengeratkan hubungan, kedua pihak juga bersetuju meluaskan bidang kerjasama melibatkan kedua pihak.

Antaranya termasuklah menerusi kerjasama dalam bidang pendidikan, pengajian pondok, kesukarelawanan dan pendidikan awal kanak kanak.

KUIS turut menawarkan kepada YADIM untuk terlibat dalam penganjuran klinik runding cara syariahnya.

Kedua pihak juga bersetuju untuk menyebar, memberi pencerahan dan meneguhkan kefahaman konsep Malaysia Madani.

Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Ketua Latihan Industri Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Dr Halim Moktar, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Madya Dr. Mariam Ab Majid dan Ketua Latihan Industri Fakulti  Syariah Undang-undang, Dr. Azizah Mat Rashid.

Selain Haji Zamri, YADIM diwakili juga oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda, Shahrizal Mat, Pengarah Bahagian Hubungan Antarabangsa, Norazira Jaafar dan wakil daripada Unit Keurusetiaan.

Semoga apa yang terjalin ini membawa manfaat untuk semua.

 

 

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *