Home » Citra Yadim » Yadim mahu wujudkan Pelan Dakwah Kebangsaan

Yadim mahu wujudkan Pelan Dakwah Kebangsaan

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini melahirkan hasrat untuk membentuk Pelan Dakwah Yadim supaya boleh digarap bersama aktiviti NGO Islam yang lain. Malah hasrat tersebut telah dipersetujui secara lisan oleh pimpinan NGO yang telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan pimpinan NGO seperti MUAFAKAT, ISMA dan Persatuan Ulama Malaysia.

 

Beliau berkata demikian di dalam Perhimpunan Bulanan bersama kakitangan Yadim Di Dewan Muktamar, Pusat Islam pagi tadi.

“Pelan ini penting bagi memusatkan semua aktiviti dakwah Islamiah di dalam satu pelan yang boleh dijadikan panduan utama oleh pihak yang membawa wadah yang sama dengan Yadim. Begitu juga dengan penglibatan NGO Islam yang kita mahu setiap NGO bergerak mengikut bidang yang menjadi fokus gerakan mereka.”

Dr Asyraf juga melahirkan kegembiraan dengan program-program Yadim yang telah mula digerakkan secara aktif. Terdekat, Yadim akan mengadakan Wacana Pemantapan Akidah : Mendepani Ancaman Liberalisme dan Syiah pada 2 Oktober 2013. Program ini akan dirasmikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom.

Beliau melahirkan harapan agar program ini akan menerima sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat luar.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *