Home » Citra Yadim » YADIM, MAIM kecam Myanmar biarkan Rohingya dibunuh

YADIM, MAIM kecam Myanmar biarkan Rohingya dibunuh

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) mengecam kerajaan Myanmar yang membiarkan insiden pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di negara itu.

Yang Dipertua YADIM yang juga Pengerusi MAIM, Dr Yusri Mohamad, berkata tindakan dan layanan buruk kepada etnik itu mencabul hak asasi manusia dan batas kemanusiaan.

Katanya, kerajaan Myanmar perlu membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan media asing masuk ke negara itu bagi memantau dan menyiasat secara telus krisis kemanusiaan di Arakan.

“Etnik Rohingya yang dibunuh adalah mereka yang tidak berdosa termasuk wanita, ibu mengandung, kanak-kanak dan warga emas.

“Kami menyeru umat Islam serta masyarakat lain menyokong usaha menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya dan bersama masyarakat antarabangsa mendesak kerajaan Myanmar menghentikan layanan buruk terhadap etnik itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

– https://www.bharian.com.my

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *