Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Sembilan, Al Baasith,MAPIM bantu mangsa banjir

YADIM Negeri Sembilan, Al Baasith,MAPIM bantu mangsa banjir

SEREMBAN – Kerjasama menyantuni golongan yang memerlukan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan dengan rakan rakan badan bukan kerajaan di negeri ini terus digerakkan.

Terbaharu pada 24 Oktober, seramai 50 mangsa banjir kilat baru baru ini, di empat perkampungan di sini menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban mereka.

Penduduk Kampung Bemban, Kampung Mambau, Kampung Puchong dan Kampung Jimah Lama menerima kotak makanan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula, garam, sardin, susu, rempah ratus, kicap, sos, sayur-sayuran dan telur.

Pengerusi Sukarelawan Al Baasith, Khairul Nizam Khairudin antara yang turun padang menyampaikan sumbangan berkenaan.

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *