Home » Citra Yadim » Di situlah mereka makan, di situlah mereka tidur.

Di situlah mereka makan, di situlah mereka tidur.

KUALA KEDAH – Tiada siapa yang mahu berdepan kesukaran dalam hidup, namun cabaran hidup suka atau tidak tetap perlu dihadapi.

Bagi Shuhada Shuib dari Kampung Tepi Laut di sini, diuji apabila ditakdirkan menjadi Orang Kelainan Upaya (OKU).

Anak yang dilahirkannya juga merupakan seorang OKU.

Meskipun begitu dia tetap tabah meneruskan hidup bersama suaminya, seorang nelayan.

Kisah sukar mereka viral baru baru ini di media media sosial negeri ini.

Pantas prihatin dengan nasib mereka, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah segera berkunjung ke kediaman mereka bagi menghulurkan sedikit bantuan.

Keadaan kediaman mereka yang uzur ternyata menyentuh hati.

Di ruangan rumah tanpa bilik dan dinding pemisah itulah keluarga ini berteduh daripada panas dan hujan.

Di situlah mereka makan, di situlah mereka tidur.

Shuhada berterima kasih kepada YADIM atas sumbangan barangan makanan dan lampin pakai buang yang diterimanya.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *