Home » Citra Yadim » YADIM Negeri Sembilan, rakan NGO tabur bakti di Johol

YADIM Negeri Sembilan, rakan NGO tabur bakti di Johol

JOHOL – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sembilan tidak ketinggalan menyantuni golongan yang memerlukan Ramadan ini.

Pada 25 April, dengan kerjasama rakan rakan badan bukan kerajaan (NGO) Sukarelawan Al Baasith, mereka menyantuni keluarga asnaf di Kampung Dingkir Inas dengan  menyampaikan wakaf katil hospital dan kit makanan YADIM kepada Jimah Isman, 57, yang menghidap kencing manis dan kanser payu dara tahap 4.

Selepas selesai menyantuni Jimah Isman,  para sukarelawan bergerak ke satu lagi rumah asnaf di Kampung Kabung Inas di sini.

Di sini mereka melapangkan masa bergotong royong membersihkan dan memasang tikar getah di Rumah Projek Perumahan Rakyat milik Rizal Afandi Mohd Yusof.

Di rumah ini juga, para sukarelawan  menyerahkan sumbangan peralatan rumah seperti katil, tilam, mesin basuh, peti ais, rak pinggan, rak penyidai dan kit makanan YADIM.

Semua ini adalah daripada sumbangan orang ramai dan Tabung Khidmat Amal Bilal Muda.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *