Home » Citra Yadim » YADIM Pahang santuni keluarga mangsa kepala air Kemaman

YADIM Pahang santuni keluarga mangsa kepala air Kemaman

KUANTAN – Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kehilangan begitu ramai ahli keluarga akibat tragedi sudah pasti begitu sukar diterima.
Atas rasa peduli dan kasih sayang yang sentiasa menjadi tunjang kepada aktiviti YADIM Pahang, petugas badan dakwah ini bersama aktivis Pertubuhan Peduli Progresif (PPP) telah berkunjung ke Lepar Hilir 3, Kuantan, lokasi kediaman keluarga yang menjadi mangsa kejadian kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Terengganu baru baru ini.
Dalam kunjungan pada 11 Julai tersebut, Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan selain memberikan kata kata semangat buat mereka.
Meski tiada pemberian atau sumbangan dapat menggantikan kehilangan, namun sedikit sebanyak diharap mampu menghadirkan secebis senyuman buat mereka.
Sepuluh nyawa terkorban dalam kejadian menyayat hati di Jeram Air Putih pada 1 Julai ketika mereka berkelah di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *