Home » Citra Yadim » YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz

YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz

AYER HITAM – Usaha berterusan dilakukan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah dalam menyantuni golongan yang memerlukan di negeri ini.

Terbaharu pada 8 Mei, mereka telah menganjurkan program YADIM Peduli dan Ziarah Kasih Ramadan di Masjid Umar Abd Aziz, di Telaga Batu di sini.

Seramai 30 orang penerima terdiri daripada  asnaf dan warga emas menerima Kit Musaadah dan kurma daripada YADIM Kedah.

Hadir ke majlis ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Yang Berhormat Haji Azhar Ibrahim, Penasihat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, Yang Berbahagia Dr. Abd. Ghani Ahmad dan Imam Masjid Umar Abd Aziz, Ustaz Mahyuddin Yusof.

Turut serta ialah Pengerusi Pertubuhan Jerlun Care, Ustaz Abd Hadi Omar, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Kubang Pasu, Ustaz Sulaiman Daud serta Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.

Program anjuran bersama YADIM Kedah, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam, Pertubuhan Jerlun Care dan Masjid Umar Abd Aziz ini ialah sebahagian pengisian Ihya Ramadan Sebulan YADIM (IRSYAD 360).

 

Artikel Berkaitan

YADIM Kedah dan Perlis: Ziarah Madani Mualaf

MENJELANG Syawal tidak lama lagi, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memupuk semangat kasih sayang dan kepedulian terhadap sesama Muslim termasuk

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *