Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Kulim

YADIM Peduli di Kulim

KULIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah meneruskan inisiatif membantu golongan memerlukan di daerah ini pada 25 Disember.

Dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baharu Serdang dan wakil wakil komuniti di sini, program YADIM Peduli Musaadah Covid 19 sempena Bulan Dakwah 2.0 ini menyantuni seramai 50 keluarga yang memerlukan.

YADIM diwakili oleh pegawainya, Ustaz Haji Azmi Mohamad. Hadir sama ialah Pegawai Belia dan Sukan Bandar Bharu Kulim, Ramli Sani, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Permatang Pasir Bandar Baharu, Nasir Badri dan wakil wakil komuniti.

Sumbangan yang disampaikan merupakan makanan asas seperti beras, gula, roti, tepung, minyak, teh dan kopi. Penerima terdiri daripada
asnaf, pesakit kronik, golongan kelainan upaya, ibu tunggal dan anak yatim.

Seramai 30 keluarga menerima sumbangan di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Sukan Bandar Baharu Kulim Kedah.

Terdahulu, penerima sumbangan mendengar sedikit tazkirah berkaitan rezeki dan amalan soleh yang disampai oleh Ustaz Haji Azmi.

Selesai di Dewan Kompleks Sukan, urusetia program kemudiannya
menziarahi pula 20 kediaman asnaf yang dikenalpasti untuk menyampaikan sumbangan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *