Home » Citra Yadim » YADIM Peduli di Madrasah Irshad Al Ashraf Al Wataniah

YADIM Peduli di Madrasah Irshad Al Ashraf Al Wataniah

SUNGAI BAKAP – Madrasah Irshad Al Ashraf Al Wataniah (Pondok Sungai Bakap) pada 7 Mac telah menerima kunjungan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang.

Ia merupakan antara usaha membantu pondok pondok yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan Covid-19 di negeri ini.

Dalam program ini, YADIM menyerahkan peruntukan untuk pengurusan sebanyak RM3,000 kepada pihak madrasah selain  menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pondok berkenaan.

Sumbangan disampaikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Mohamad Zikri Zulkifli kepada Pengerusi Jemaah Pengurusan Madrasah, Ustaz Roslan Che Rus.

Sementara itu, pada hari yang sama turut berlangsung Program YADIM Peduli kepada 50 asnaf di sekitar kawasan ini.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *