Home » Citra Yadim » YADIM Sabah santuni golongan saudara kita

YADIM Sabah santuni golongan saudara kita

KOTA KINABALU 10 Nov. – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)  Zon Sabah telah menganjurkan program Ziarah Dakwah di Daerah Beaufort pada 3 November 2017 lalu, bertujuan menyantuni golongan saudara kita di kawasan terbabit.

Pengarah YADIM Zon Sabah, Samin Ongki berkata, pelbagai pengisian telah disusun termasuk tahsin ibadah, tazkirah dan ziarah, pada program itu yang telah diadakan bertempat di di Masjid Nurul Iman, Pekan Weston.

“Weston adalah sebuah bandar kecil atau pekan yang terletak di bahagian pedalaman Sabah dalam daerah Beaufort.

“Justeru, adalah penting untuk penduduk Islam di sini didekati sekerap mungkin bagi mengetahui sebarang permasalahan, di samping memberikan bimbingan kepada mereka tentang ajaran Islam,’’ katanya.

 

sabah ziarah prihatin 3 Nov sabah ziarah prihatin 3 Nov (1) sabah ziarah prihatin 3 Nov (3) sabah ziarah prihatin 3 Nov (4)

Program ini merupakan kerjasama antara YADIM dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Komuniti Rukun Tetangga Kampung Imam Arshad (KRTKIA) dan Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Pekan Weston.

Samin berkata, program berkenaan telah disertai oleh lebih daripada 80 orang penduduk sekitar pekan Weston dan empat orang staf termasuk Daie YADIM Zon Sabah.

“Pada program ini, kami telah melawat  empat buah rumah atau keluarga terpilih untuk melihat dengan lebih dekat kehidupan mereka serta menyampaikan sedikit bantuan.

“Selain itu,  seramai 50 orang saudara di kawsan berkenaan kita telah menerima sumbangan berupa keperluan harian yang telah disampaikan oleh Encik Zainudin Haji Tuah, selaku perasmi program bagi mewakili Pegawai Pembangunan Masyarakat ADUN N.27 Lumadan,’’ katanya.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *