Home » Citra Yadim » YADIM santuni golongan memerlukan Samarahan

YADIM santuni golongan memerlukan Samarahan

SAMARAHAN – Pada 7 Mac, kakitangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Sukarelawan YADIM Kuching  telah meneruskan aktiviti amal dengan mengagihkan pek makanan kepada golongan yang memerlukan di bahagian ini.

Seramai 11 orang ahli Sukarelawan YADIM termasuk tiga Pegawai YADIM Sarawak telah terlibat untuk menyampaikan pek makanan tersebut yang mengandungi beras 10 kilogram, kicap, sos, mee segera, bihun, tepung, minyak masak, serbuk teh, kopi serta telur.

Untuk lokasi pertama di Surau Darul Jannah Kampung Tambirat, Samarahan, sebanyak 16 pek makanan diserahkan kepada Bujang Abang, Ketua Kampung Tambirat, untuk disampaikan kepada keluarga terpilih.

Lokasi seterusnya ialah Kampung Sambir dengan 17 pek diserahkan kepada Penghulu Kampung Sambir, Haji Ibrahim Haji Edit untuk diagihkan kepada penerima. Sebahagiannya telah diserahkan sendiri oleh Sukarelawan YADIM ke rumah asnaf.

YADIM kemudiannya bergegas pula ke Kampung Sindang menyampaikan sumbangan kepada dua buah keluarga di sana.

Keseluruhannya sebanyak 35 pek makanan asasi telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan untuk bahagian Samarahan kali ini.YADIM Sarawak ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang khususnya Geng Sedekah Kamek yang telah menyumbang pek makanan asasi untuk program kali ini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *