Home » Citra Yadim » YADIM santuni Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhari.

YADIM santuni Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhari.

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin pada 31 Julai telah bertemu dan menyantuni tokoh ulama Mesir, Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al Azhari.
Dalam pertemuan singkat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya itu, Ustaz Zamri sempat menghadiahkan sepasang Baju Melayu dan songkok kepada Sheikh Dr. Usamah sebagai tanda kasih dan ingatan YADIM kepada beliau.
Jelas gembira dengan pemberian itu, beliau mengucapkan berbanyak terima kasih dan mendoakan yang

terbaik untuk badan dakwah ini.
Pada 21 Julai, penasihat Presiden Republik Mesir ini telah mengunjungi YADIM serta menyampaikan tausiah untuk kakitangan badan dakwah ini.
Dalam kunjungan cukup bermakna itu, beliau berpesan supaya dakwah dilakukan dengan penuh hikmah dan berstrategi.
Semoga hubungan baik YADIM dengan ulama ulama besar seperti Sheikh Usamah sentiasa kekal terjalin.

Artikel Berkaitan

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

5 sebab pentingnya berjemaah

Mengerjakan solat fardu lima kali sehari semalam merupakan salah satu rukun Islam dan diumpamakan sebagai tiang agama. Jika roboh tiang itu, maka

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *