Home » Citra Yadim » YADIM sebagai platform NGO

YADIM sebagai platform NGO

KUALA LUMPUR- Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam mahu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjadi platform atau penyelaras kepada badan-badan berkenaan terutama dalam menyuarakan pandangan atau membuat desakan terhadap sesuatu isu.
Hasrat itu dinyatakan mereka dalam satu majlis pertemuan antara NGO Islam den gan YADIM serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 10 Julai 2013.

Rata-rata pemimpin NGO yang hadir mahu diwujudkan satu bentuk kesatuan kerana pada masa kini badan-badan berkenaan dilihat sering bertindak sendirian sehingga umat Islam seperti diperkotak-katikkan.
Mereka berpendapat kesemua NGO Islam perlu bersatu dan mempunyai misi yang jelas dan seragam iaitu mahu meletakkan Islam di tempat tertinggi dan tidak boleh diganggu gugat oleh anasir-anasir luar.
Mereka juga mahu diwujudkan satu perancangan yang sistematik bagi merencanakan gerakan dakwah di Malaysia terutama bagi berhadapan dengan ancaman gerakan-gerakan lain yang sememangnya meletakkan Malaysia sebagai sasaran utama.
Pemimpin NGO Islam juga melahirkan rasa bimbang mereka terhadap masalah umat Islam Malaysia sekarang dengan pelbagai ancaman seperti perpecahan, liberalisme, pluralisme, ajaran Syiah, ajaran sesat dan sebagainya yang semakin meresap ke dalam masyarakat Islam di negara ini.
Antara NGO yang hadir pada majlis berkenaan termasuk Yayasan Murni Akidah, Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pembela, JATI, Majlis Perundingan Melayu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cina Muslim (Macma), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Allied Coordinating Commitee of Islamic NGO’s (ACCIN), Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (Ikkdas), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Research and Information Centre on Islam (RICOI), Perdana Global Peace Foundation, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Pertubuhan Toleransi Malaysia, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persekutuan Seruan Islam dan Wilayah Persekutuan (Jam’yah).

Artikel Berkaitan

Tingkat kualiti pendakwaan syarie

SHAH ALAM – Penubuhan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) berupaya meningkatkan kualiti pendakwaan dan menyeragamkan proses penggubalan undang-undang syariah di negara ini.

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *