Home » Langit Terbuka » YADIM seru umat Islam tidak sertai perayaan yang boleh gugat akidah

YADIM seru umat Islam tidak sertai perayaan yang boleh gugat akidah

Perayaan Bon Odori yang bakal berlangsung di negara ini menjadi salah satu daripada perayaan pelbagai agama yang hidup secara harmoni dan aman selama ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya. Foto Arkib

Cyberjaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), menyeru umat Islam di Malaysia agar tidak meraikan upacara melibatkan agama lain.

Menurut Pengarah Kanan di Pejabat Yang Dipertua YADIM, Muhammad Najhan Shahir Halim, upacara sambutan perayaan agama lain yang melibatkan urusan kepercayaan dan aqidah tidak harus bagi umat Islam menyertainya dan terlibat dalam upacara berkenaan.

“Hadis diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Umar, bahawa sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud, barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.

“Ketahuilah bahawasanya memelihara agama Islam dan akidah merupakan setinggi-tinggi matlamat dan tujuan ajaran Islam.

“Perayaan Bon Odori yang bakal berlangsung di negara ini menjadi salah satu daripada perayaan pelbagai agama yang hidup secara harmoni dan aman selama ia tidak mencampuri urusan umat Islam dan ajarannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) menyeru rakyat Malaysia agar menjalani kehidupan secara aman dan damai serta saling hormat menghormati antara satu dengan lain.

Perayaan Bon Odori adalah upacara yang bersifat tarian bagi menyeru roh orang yang sudah mati.

Perayaan ini disambut oleh masyarakat bukan Islam khususnya dari negara Jepun yang beragama Buddha dan dijadualkan disambut di Kompleks Sukan Negara pada 16 Julai ini. – Malakat Tribune

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *