Home » Citra Yadim » YADIM terima 12 ALPA baharu

YADIM terima 12 ALPA baharu

PUTRAJAYA – Seramai 12 individu profesional berkelayakan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu YADIM  bagi memacu dan memperkasa inisiatif melestari gerakan dakwah badan ini.

Lantikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini adalah berkuatkuasa pada 3 Mei 2023 untuk selama dua tahun.

Dua belas orang lantikan ALPA berkenaan ialah :

  1. YBhg. Datuk Hasanuddin bin Mohd. Yunus (Yang Dipertua YADIM)
  2. YBrs. Prof. Dr. Adi Anuar bin Azmin (Timbalan Yang Dipertua)
  3. YBhg. Prof. Madya Dato’ Dr. Izhar Ariff bin Mohd. Khashim
  4. YBhg. Datuk Dr. Harlina Halizah binti Siraj
  5. YBrs. Prof. TS. Dr. Zuriati binti Ahmad Zulkarnain
  6. YBrs. Dr. Johari bin Abdullah @ Yap Guan Kheng
  7. YBrs. Tuan Ustaz Bashir bin Mohamed Al-Azhari
  8. YBrs. Tuan Haji Sainuri bin Yahmin
  9. YBrs. Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi
  10. YBrs. Tuan Haji Syamsul Maàrif bin Ismail
  11. YBrs. Puan Fatimah Syarha binti Mohd Nordin
  12. YBrs. Encik Muhamad Faisal bin Abdul Aziz

Watikah lantikan mereka disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Dato’ Setia  Dr Naím Mokhtar di sini hari ini.

Ketika ditemui selepas menyampaikan watikah, Dato’ Setia Dr Naím berkata, beliau berharap barisan ALPA yang baharu dilantik ini dapat membantu YADIM untuk terus melahirkan pendakwah yang bukan sahaja dapat menyampaikan ilmu pengetahuan kepada masyarakat, tetapi juga menjadi contoh kepada mereka.

Kesemua yang dilantik mewakili pelbagai lapisan masyarakat serta mempunyai kemahiran, disiplin serta pengalaman mendalam dalam bidang masing masing seperti pendidikan, khidmat masyarakat, dakwah, keagamaan, pempengaruh dan sebagainya.

YADIM yakin gandingan ALPA baharu dilantik ini dapat membawa YADIM  melaksanakan teras tanggungjawab dakwahnya dalam bidang pendidikan, kebajikan dan sosial.

Pada masa yang sama, YADIM ingin mengucapkan terima kasih kepada barisan ALPA sebelum ini atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *