Home » Langit Terbuka » Yadim-YaPEIM sumbang bakul makanan kepada 300 orang asli

Yadim-YaPEIM sumbang bakul makanan kepada 300 orang asli

Bantuan ini sebagai keprihatinan Yadim dan YaPEIM terhadap kaum orang asli yang mungkin ada di antara mereka hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh. - Foto Arkib YADIM

KEMAMAN – Seramai 300 ketua isi rumah orang asli di Terengganu akan menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Terengganu.

 

 

Pengarah Yadim Terengganu, Nasrul Hadi Saidin berkata, sebanyak RM25,000 diperuntukkan bagi menyediakan bakul makanan itu sebagai usaha membantu meringankan beban keluarga orang asli ketika pandemik Covid-19.

 

“Bantuan ini sebagai keprihatinan kami terhadap kaum orang asli yang mungkin ada di antara mereka hilang punca pendapatan ketika pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh,” katanya pada Misi Kemanusiaan Yadim-YaPEIM di Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam,di sini pada Jumaat.

 

Seramai 156 keluarga orang asli di Sungai Pergam menerima sumbangan tersebut. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abdul Razak Ibrahim dan Tok Batin Roslan Ismail.

 

Menurut Nasrul Hadi, melalui sumbangan itu, setiap ketua isi rumah akan menerima beberapa barang keperluan harian termasuk beras, minyak masak, gula, tepung dan beberapa makanan asas lain.

 

Beliau berkata, selepas orang asli di Sungai Pergam, penyerahan sumbangan bakul makanan itu akan diteruskan ke Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu melibatkan 133 ketua isi rumah dan Kampung Sungai Sayap, Hulu Besut membabitkan 11 ketua isi rumah.

 

“Kita jangkakan sumbangan ini selesai diagihkan selewat-lewatnya 1 Julai ini.

 

“Selain sumbangan bakul makanan, kita turut menjalankan khidmat sanitasi di surau dan dewan perkampungan orang asli secara percuma di setiap kampung yang kita pergi sebagai sebahagian khidmat sosial,” katanya. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *